Baru-baru ini, pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa geram dan kecewa terhadap seorang jirannya dipercayai seorang selebriti yang mendakwa dirinya dan seorang lagi rakan, Lufya Omar merupakan antara golongan anti vaksin kerana menyebarkan fakta yang tidak tepat kononnya dengan merebus bunga cengkih mampu mengelakkan diri daripada dijangkiti Virus COVID-19.
Fara Hanim Mengaku Salah
Biarpun individu tersebut tidak menyebut nama Rita mahupun Lufya, namun berdasarkan statusnya yang menulis nama selebriti itu sebagai RR dan LL, ternyata ia merujuk kepada kedua-dua orang selebriti itu. Terbaru, menerusi hantaran di laman Instagram, pengacara Fara Hanim Razak akui akan kekhilafannya dengan menuduh Rita dan Lufya sebagai golongan anti vaksin.
“Selepas bermuhasabah dan merenung segala kekurangan dan kelemahan diri, Anim menerima dengan terbuka teguran-teguran ramai berkenaan isu membabitkan Anim sebelum ini” tulisnya
Mohon Maaf Secara Terbuka
Tampil memohon maaf secara terbuka, Fara menerima pendapat dan teguran orang ramai berkenaan tuduhannya termasuk dari suaminya berikutan isu tersebut. Dalam hantaran di laman Instagram itu, Fara berkongsi tangkap layar permohonan maaf nya kepada Rita dan Lufya.
“InshaAllah, Anim perbaiki diri Anim yang serba kekurangan kelemahan ini untuk menjadi insan yang lebih baik, yang berkasih sayang, yang positif untuk semua orang. Terima kasih atas hikmah ini, Anim sambut dengan hati yang tenang supaya Allah lebih dekatkan hati Anim dengan-Nya dan dengan hamba-Nya yang lain”tulisnya lagi
Bagaimanapun, menerusi carian Murai.my, Fara menutup ruangan komen bagi kedua-dua hantaran tersebut.