Semalam tular di media sosial mengenai kenyataan yang dimuatnaik oleh Muzaffar Jakel, adik kepada pemilik jenama gedung tekstil terkemuka Jakel iaitu Datuk Faroz Jakel .
Kenyataan Berbaur Sensitif
Difahamkan Muzaffar telah memuatnaik sebuah kenyataan yang berbaur sensitif seolah-olah memperkecilkan bangsa Melayu susulan orang ramai membantah syarikat itu membuka gedung mereka bermula hari ini (4 Mei 2020). Terdahulu, Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang mana sebahagian besar sektor dibenarkan untuk beroperasi.
Mula Boikot Jakel
Susulan daripada kenyataan yang dimuatnaik oleh Muzaffar, rata-rata warganet mengecam tindakannya itu malah gerakan memboikot jenama Jakel turut trending di laman Twitter biarpun Faroz telah memohon maaf secara terbuka menerusi sebuah video yang dimuatnaiknya di laman media sosial.
Tidak kurang juga ada diantara warganet turut membongkar ‘sikap dan kisah sebenar’ di sebalik jenama terkenal itu.