22.3 C
Malaysia
Saturday, October 5, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

‘Tolong Jangan Lagakan Kami’- Rita Rudaini & Tiz Zaqyah Tetap Bersahabat

Tular di laman Instagram milik pelakon, Rita Rudaini yang memberi amaran kepada media tempatan agar bersikap secara profesional menyebarkan berita.

Tetap Bersahabat Meski Berbeza Pendapat

Berita yang dikeluarkan media tempatan baru-baru ini mendapat perhatian Rita bila mana membaca kandungan berita yang dikeluarkan seolah-olah melaga-lagakan dirinya dan Tiz Zaqyah berikutan isu vaksin yang sedang hangat diperkatakan orang ramai.

Rita juga berharap agar media tempatan tersebut bersikap profesional dalam mengeluarkan berita, dan memberitahu di Instagramnya bahawa dirinya dan Tiz Zaqyah masih berkawan baik walaupun mempunyai pendapat yang berbeza.

Foto – Instagram @ritrud727

“Walaupun kami punya jalan dan pendapat yang berbeza tapi kami tetap bersahabat.. @kosmo_online tolong profesional, tolong jangan guna isu sekarang untuk lagakan kami atau orang lain!

‘Love’ ampa @tiz.zaqyah” Tulis Rita di Instagram

Tiz Zaqyah Terkejut Dengan Berita Yang Keluar

Pelakon popular drama Nur Kasih dan Sara Sajeeda ini juga meluahkan rasa terkejut, tatkala melihat berita yang dikeluarkan itu. Namun setelah menerima mesej dari Rita, Tiz Zaqyah memuatnaik status di Twitter dengan memberitahu mereka berdua masih bersahabat.

Foto – Instagram @tiz.zaqyah/ Twitter @T125AQYAH

“@kosmo_online takmo takmo lagakan kami ni.. Tokojut den bosar botui muka den. Nasib @RitaRudaini dm kami. Kami tetap bersahabat, cuma berlainan pendapat ya.” Ciapnya di Twitter

Tak pasal-pasal je, apa-apa pun kedua-dua pelakon berbakat ini tetap bersahabat cuma berbeza pandangan sahaja harap semua orang tak salah faham pula!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.