34.6 C
Malaysia
Friday, September 20, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Tips Beli Buah Oren Yang Manis, Kena Pilih Yang Ada Lubang Macam Ini

Jom MyResipi kongsikan 3 tips memilih buah oren manis. Barulah tak membazir apabila terbeli buah yang masam.

Tidak dinafikan mungkin ada yang suka jenis masam, tetapi kebanyakan orang lebih menyukai buah yang manis.

Oleh itu, kika tidak mahu tersalah beli buah yang masam dan tidak manis, mari ikuti petua di bawah.

CARA PILIH BUAH OREN MANIS

1. Ada lubang/pusat

oren manis

Cara untuk mengetahui buah oren itu manis atau tidak, pastikan buah tersebut mempunyai satu lubang di bahagian luar kulitnya. Jika buah berlubang seperti ini, dijamin rasanya memang manis.

2. Elak beli yang tiada lubang

oren manis

Sekiranya buah mempunyai lubang yang kecil atau tidak berlubang, ia bermaksud buah tersebut kurang manis dan masak. Ia lebih sesuai dibuat jus berbanding dimakan begitu sahaja.

3. Bau

Selain dari dua tips di atas, salah satu petua lain untuk memilih buan oren yang manis adalah dengan menghidu buah tersebut. Sekiranya baunya manis, itu bermakna rasanya juga memang manis.

Ha! Jadi selepas ini tak perlu risau lagi jika terbeli buah oren yang masam. Beli banyak terus pun tak apa.

Sumber: Sinarplus

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.