Personaliti fesyen yang juga pelakon Wak Doyok menerusi Instagram nya telah berkongsi beberapa fotonya memakai persalinan pakaian seragam anggota tentera Amerika Syarikat.
Wak Doyok Ditegur
Difahamkan, pakaian seragam tersebut merupakan persalinan yang dipakai oleh Chris Evans yang memegang watak sebagai Steve Rogers di dalam filem Captain America.
Bagaimanapun, perkongsian tersebut telah mendapat teguran daripada seorang netizen dipercayai warga Amerika Syarikat yang mana meminta Wak atau nama sebenarnya Mohd Azwan bin Md Nor untuk mengeluarkan tangannya dari poket seluar setelah bergaya sedemikian.
Gelar Wak Sebagai ‘Tinhorn’
Malah netizen tersebut turut meminta Wak mencukur jambangnya dan menggelarkannya sebagai ‘tinhorn’ merujuk kepada seseorang yang berlagak mempunyai pengaruh yang besar.
Walapun dikecam oleh segelintir pengguna platform itu yang menganggapnya tidak sensitif, namun Wak membalas ringkas komen tersebut dengan beberapa emoji seolah-olah memohon maaf atas kecuaian tersebut.
Terdahulu, nama Wak menjadi bualan hangat selepas didakwa membeli dan menggunakan cincin mempunyai lambang peribadi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.