Pengacara yang juga selebriti media sosial terkenal, Dr Say Shazril menerusi laman Instagram nya mendedahkan kekesalan mengenai tahap kesedaran orang ramai mengenai keperluan memakai topeng muka ketika musim COVID-19.
Dihalang Masuk
Dedah Dr Say atau nama sebenarnya Muhammad Shazril Shaharuddin, dia telah dihalang masuk ke dalam pasaraya Village Mall, Cyberjaya baru-baru ini kerana tidak memakai topeng muka. Jelas Dr Say, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan kenyataan bahawa orang ramai tidak diwajibkan untuk memakai topeng muka.
Sebaliknya mereka yang mengendali pesakit seperti doktor dan pegawai kesihatan dan mereka yang mempunyai gejala pernafasan wajib memakainya. Dalam masa yang sama, pengacara My Doctors ini turut menegaskan kepada orang ramai untuk mengamalkan ‘social distance’ di tempat-tempat awam.
“Sebab itulah sangat dititikberatkan social distancing 1 meter tu. Tak pakai mask yang dipersoalkan padahal dalam supermarket bersardin-sardin kalian ok pulak?”
Village Grocer Muatnaik Notis Arahan Terbaru
Dalam perkembangan lain, Village Grocer telah memuatnaik notis arahan terbaru di laman Instagram mereka selepas isu berkenaan menjadi topik bualan dikalangan pengikut Dr Say.
Menerusi kemaskini terbaharu ini, pihak Village Grocer memberitahu bahawa mereka tidak mewajibkan pelanggan mereka untuk memakai topeng muka dan dalam masa yang sama turut mempraktikkan amalan ‘social distance’ sepanjang 1 meter antara pelanggan lain bagi mengelakkan wabak berkenaan dijangkiti.