22.3 C
Malaysia
Saturday, October 5, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Tidak Jadi Bercerai, Nynaa Harizal Kembali Bersama Suami

Kemelut rumahtangga Nynaa Harizal akhirnya berakhir dengan kegembiraan apabila pelakon ini kembali ke pangkuan suaminya, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas.

Nynaa Bersyukur 

Dalam sebuah hantaran bersama foto yang dimuanaik di laman Instagram, Nynaa atau nama sebenarnya Nurul Hanynaa Harizal, 25 meluahkan rasa syukur dan gembira sehingga tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila hubungan mereka sebagai suami isteri kembali jernih.

“Alhamdulillah Allah has answered my prayers. I’m so grateful to be back where I belong. Words can’t describe how much you mean to me. I love you so much my husband . @fahmiilyas Till death do us apart,” tulis Nynaa

Rakan Selebriti Tumpang Gembira 

Di ruangan komen, ramai pengikut serta rakan selebriti seperti Mona Allen dan Azza Elite turut berasa gembira dan terharu kerana pasangan ini dapat berbaik semula setelah kisah mereka mencetuskan kontroversi sebelum ini.

Pada 10 November lalu, Nynaa telah memohon perceraian dengan talak atau dengan perintah yang dimaksudkan sebagai Perceraian Cara Baik dibawah Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Johor) Tahun 2003.Dalam pada itu, Nynaa turut menafikan bahawa dia telah ‘diculik’ oleh keluarga sendiri pada 2 November lalu.

Terdahulu,suaminya telah memfailkan nusyuz dan dalam tuntutan itu, Fahmi meminta Nynaa untuk kembali taat dan pulang ke pangkuannya dalam masa 7 hari di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. Difahamkan, sebuah sidang media khas telah diadakan pada pagi ini bagi menjelaskan dengan terperinci mengenai mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.