22.5 C
Malaysia
Saturday, November 30, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Tidak Hormat & Keras Kepala! Pereka Fesyen Dedah Sikap Samantha

Lagi mengenai bekas Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie James. Selepas tular mengenai kenyataannya berbaur perkauman baru-baru ini, pelbagai pendedahan terus dibongkar oleh pelbagai pihak yang selama ini mengambil pendirian untuk mengunci mulut mereka.

Sikap Tidak Disenangi 

Terbaru, menerusi perkongsian dari portal Gempak, Samantha dikatakan mempunyai sikap yang tidak professional dan tidak disenangi oleh seorang pereka fesyen tempatan. Enggan namanya didedahkan, menurut pereka fesyen itu dia sudah serik untuk berkolaborasi dengan Samantha kerana mempunyai masalah komunikasi dan sikap terutama ketika sesi perbincangan.

“Saya pernah dipelawa untuk menyiapkan dresnya untuk acara Miss Universe ketika itu. Pertama kali bertemunya, dia punyai ‘attitude’ ketika meeting.

“Saya dapat rasakan aura diva dia yang tak teruja pun ketika perjumpaan itu. Asyik main phone, pakai skirt pendek dan baju seksi bertali halus, yang mana perkara itu tidak manis sebagai seorang Ratu Cantik.

“Malah, dia juga bukan seperti Ratu Cantik yang kita selalu tengok. Tidak mesra pun dengan orang lain, katanya menerusi Gempak.

Keras Kepala Dan Tidak Hormat 

Dedahnya lagi, Samantha juga merupakan seorang individu yang keras kepala selain tidak hormat pada pandangan orang lain.

“Dia tidak hormat orang dan demanding nak itu nak ini. Dia nak yang seksi, slit tinggi, dedah dada dan enggan mendengar idea orang lain.

“Memanglah pereka fesyen pun mahukan satu gabungan idea dan pendapat yang dipersetujui kedua-dua belah pihak.

“Tetapi, pereka fesyen pun ada kredibiliti dan estetik mereka. Selain itu, mereka pun mahu menyampaikan mesej dengan rekaan baju itu.

“Apa yang boleh saya katakan pertemuan itu satu sesi yang dingin dan tak menyeronokkan,”

Difahamkan,kerana sikapnya yang sedemikian, pereka fesyen tersebut terpaksa menolak tawaran untuk menghasilkan busana Miss Universe kerana ingin menjaga reputasi dan kredibilitinya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.