Setelah spekulasi mengenai hubungan pelakon Intan Najuwa bersama tunangnya, Razrul Anwar Rusli dikatakan sedang goyah, hari ini menerusi laporan MStar Online, akhirnya Intan mengaku ikatan diantara mereka sudah terlerai.
Tiada Persefahaman
Menurut intan, antara punca perpisahan dia dan ahli perniagaan itu kerana sudah tidak mempunyai persefahaman selain menganggap tiada lagi jodoh diantara mereka. Malah keputusan itu juga dibuat setelah mereka berbincang secara baik.
“Hubungan saya dan dia (Razrul) sudah berakhir dan keputusan dibuat selepas kami berbincang dengan cara baik. Antara kami sudah tiada jodoh dan persefahaman. Bila berpisah itu, biarlah kami sahaja yang tahu. Saya berkongsi perkara ini pun sebab tak nak lagi dia terkait dengan saya memandangkan dia pun bukan dari bidang ini.
Enggan Bekas Tunang Terpalit Kontroversi
Jelasnya lagi, dia mengharapkan agar bekas tunangnya itu tidak terlibat dengan sebarang kontroversi yang berkaitan dengan dirinya tanpa sebarang gangguan.
“Saya tak nak dia terlibat kalau ada apa-apa terjadi atau kontroversi berkaitan dengan diri saya. Biarlah dia jalani hidup tanpa ada gangguan,”
Terdahulu, Intan pernah dikaitkan dengan beberapa isu yang turut melibatkan pelakon Zul Ariffin dan Idris Khan sehingga mengundang kecaman ramai netizen mengenai sikapnya biarpun sebelum ini berstatus tunang orang.