Tunku Mahkota Johor (TMJ), Duli Yang Teramat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi Insta story mendedahkan bahawa kehidupan baginda semakin baik selepas melakukan aktiviti di dunia yang nyata berbanding menghabiskan masa di media sosial.
Manfaatkan Media Sosial
Jelas TMJ, baginda bukanlah menolak keperluan menggunakan media sosial sebaliknya memadai sekiranya memanfaatkannya dengan perkara yang lebih positif.
“Saya sedar kehidupan saya bertambah baik secara mental, fizikal dan kerohanian selepas saya membuat keputusan untuk hidup di dunia yang nyata dan bukannya di media sosial”
“Saya bukan menentangnya. Tetapi saya percaya yang kita patut menggunakannya secara sederhana. Ia bagus untuk berkongi gambar, berhubung dengan rakan-rakan dan membaca berita yang sahih. Tetapi untuk hidup di dalam dunia media sosial adalah satu kegilaan. Hanya membuang masa”
“Hidup ini adalah singkat. Lebih bagus untuk hidup di dunia yang nyata melakukan perkara yang positif yang memberikan faedah kepada diri anda dan yang tersayang”
“Tunjukkan kebahagiaan dan buang perkara yang negatif. Kehidupan, kasih sayang, bersyukur dan percaya bahawa Allah adalah perancang yang terbaik. Selamat malam. TMJ” tulis baginda
Status Jadi Tanda Tanya
Dalam pada itu, hantaran susulan juga menjadi tanya apabila TMJ menjelaskan tidak mempunyai masa untuk melayan perkara yang tidak menjadi kepentingan buat diri baginda.
“Buat masa ini saya tidak ada masa nak layan orang gila atau benda gila. Saya hanya mahu memberi tumpuan untuk membantu rakyat dalam setiap aspek dengan apa sahaja cara yang saya mampu” kongsi TMJ lagi
Malah, baginda juga hanya ingin memfokuskan terhadap kebajikan rakyat yang memerlukannya dalam pelbagai aspek. Terdahulu, adinda TMJ,Tunku Idris Iskandar menegur ibu Neelofa, Datin Noor Kartini berikutan hantaran usahawan itu di laman Insta-story seolah-olah menghina institusi diraja terutamanya kerabat diraja Johor.
Bagaimanapun, Kartini menjelaskan hantaran tersebut merupakan satu kesilapan yang telah dibuat oleh pengurus sosial media nya. Susulan itu Kartina dan pengurusnya membuat permohonan maaf secara Terbuka kepada Yang di-Pertuan Agong dan keluarga diraja Johor.