Program realiti Big Stage 2022 digemparkan dengan kejadian salah seorang peserta nya, Ajoi Zainal yang pengsan selepas selesai membuat persembahan di konsert minggu keempat program realiti itu.
Tiada Kaitan Dengan Mistik Atau COVID-19
Kejadian tersebut berlaku ketika di belakang pentas dan pemilik nama sebenar Muhammad Qaidzul Zainal Abidin itu telah mendapat rawatan awal daripada pasukan perubatan yang bertugas di Dewan Putra A , Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Bagimanapun, kejadian itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan unsur mistik atau COVID-19 dan Ajoi berada dalam keadaan kurang sihat berikutan kadar degupan jantung dan tekanan darahnya meningkat secara tiba-tiba.
Dikejarkan Ke Hospital
Menjelaskan dengan lebih lanjut, penerbit Penyelaras Big Stage 2022 Mohd Noor Firdaus Mahadi berkata Ajoi terlebih dahulu menjalani ujian swab COVID-19 dan bebas dari wabak tersebut ketika tiba di PICC yang merupakan prosedur wajib bagi setiap pengunjung.
“Ajoi pengsan di belakang pentas selepas membuat persembahan tadi dan telah mendapatkan rawatan awal dari paramedik sebelum dikejarkan ke hospital.
“Kita dapat tahu degupan jantung dan tekanan darah dia agak tinggi, jadi kita tak pasti keadaan dia bagaimana.
“Petang tadi dia kelihatan sihat dan tidak memaklumkan dirinya mengalami sebarang masalah kesihatan. Dia pun tidak demam,
“Tadi pun Ajoi ada lakukan test COVID-19 dan ia negatif,” jelas Firdaus di sidang media
Terdahulu, Ajoi akui persembahannya sedikit terganggu ketika mendendangkan lagu Jangan Khianati Aku nyanyian asal Azlan & The Typewriter berikutan mendapat teguran daripada barisan juri. Dalam minggu keempat, Ajoi berada di kedudukan kelima dengan perolehan markah sebanyak 67.0% manakala Tuah Adzmi menjadi peserta yang ketiga tersingkir dari program realiti itu.