22.3 C
Malaysia
Saturday, October 5, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

“Tetiba Cakap Macam Tu Pulak”-Fizz Fairuz Persoal Amaran WHO Untuk Tidak Bergantung Pada Vaksin

Aktor popular,Dato Fizz Fairuz memberikan komen mengenai amaran yang diberikan oleh Perubuhan Kesihatan Dunia (WHO) untuk tidak bergantung kepada vaksin bagi tangani peningkatan kes COVID-19.

“Habis Nak Bergantung Dengan Sapa?”-Fizz Fairuz

Menerusi posting yang dimuatnaik di Instagram, Fizz mempersoalkan mengenai kebergantungan orang ramai ketika musim COVID ini meskipun sudah mendapat suntikan vaksin.

“PULAK DAHHH..Dah banyak kali cucuk ni, tetiba cakap macam tu pulak..

Iye ke tak ni..Habis nak bergantung dengan sapa? Hahaha..kelakar la diorang ni.”- soal Fizz

Titip Harapan Agar Dapat Sambut Aidilfiti Tahun Hadapan

Tambah suami kepada pelakon Datin Almy Nadia ini, dia berharap agar dapat menyambut Aidilfitri pada tahun hadapan berikutan negara telah melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) sebelum ini.

“Dah mula dah..Adoii..Harap-harap dapat la raya tahun depan. Asyik turn raya puasa jer pkp..Hope jangan la kali ni…#kitajagakita”- kongsi Fizz

Murai.my sebelum ini melaporkan pelakon Amerul Affendi turut tampil bersuara selepas mengetahui WHO memberi amaran kepada kerajaan untuk tidak bergantung kepada vaksin sahaja bagi menangani peningkatan kes COVID-19. Tambahnya lagi, dia turut memohon kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin untuk memberikan pemahaman yang betul kepada rakyat Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.