Usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli tampil mempertahankan pelakon , Zul Ariffin yang teruk dikecam berikutan kontroversi video panas yang membabitkan dirinya baru-baru ini.
Tidak Sanggup Lihat Zul Ariffin Dikecam
Menerusi Insta Stories, Iqbal akui dirinya tidak sanggup melihat Zul yang terus dikecam dan merasakan pelakon kacak itu memerlukan sokongan daripada orang lain.
“Saya tidak sanggup lihat @zul_ariffin dikecam bertubi-tubi. Hampir setiap hari penggambaran saya bersama beliau dan setiap hari saya belajar ikut menjadi orang yang tenang seperti beliau.
Tapi kali ini apabila beliau perlukan semangat, saya rasa bersalah, meskipun mulut dan riak wajahnya tetap senyum padahal saya tahu dia memerlukan sokongan.”- dedah Iqbal
“Inilah Artis Yang Paling Tenang” – Iqbal
Tambah Iqbal, dia menyifatkan Zul sebagai seorang selebriti yang paling tenang serta meminta orang ramai untuk tidak melupakan sisi baiknya.
“Inilah artis yang paling tenang, dan bersikap terbuka yang saya kenal. Dia bukan orang yang banyak kerenah. Dia orang baik, pemurah.
Biarlah sejuta orang memberi hentaman, tetaplah kita pilih untuk menjadi penguat di kala orang memerlukan semangat. Tidak membenarkan hal yang tidak manis, tetapi jangan lupa sisi baiknya.”-katanya
Terdahulu, Instagram Zul telah diserang netizen selepas memuatnaik babak panas drama lakonannya yang dilihat mendukung pelakon Siti Hariesa dalam aksi yang mengairahkan.
Video panas itu turut menarik perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk yang bakal memanggil produksi dan pelakon yang terlibat dalam drama ‘Perempuan Itu’.