Masih ingat dengan filem ‘watak biru’ Avatar yang mencetuskan fenomenanya tersendiri? Malah kejayaan filem itu turut dijadikan sebagai contoh dikebanyakan paparan promosi-promosi jenama televisyen terkenal.
Michelle Yeoh Berlakon Dalam Avatar 2
Terbaharu, sekual filem Avatar dikatakan akan kembali dan disahkan akan menemui peminatnya semula pada tahun hadapan. Menyusuli khabar gembira itu adalah dimana pelakon antarabangsa kelahiran Ipoh, Perak iaitu Tan Sri Michelle Yeoh akan membintangi sekuel filem itu.
Menzahirkan rasa teruja nya untuk bekerjasama dengan James Cameron, Michelle digambarkan oleh sumber antarabangsa sebagai seorang pelakon yang serba boleh dan sering meninggalkan kesan terhadap watak yang dilakonkannya.
4 Filem Avatar Menyusul
Dengan kutipan seluruh dunia mencapai US$2.7 bilion, Avatar telah mempunyai durasi masa tayangannya sendiri. Sebanyak 4 sekuel telah dirancang dimana Avatar 2 pada Disember 2020; Avatar 3 dijadualkan pada Disember 2021 diikuti Avatar 4 pada Disember 2024 dan Avatar 5 pada Disember 2025.
Selain Michelle, antara pelakon lain yang akan membintangi Avatar 2 adalah Sam Worthington, Zoe Saldana, Stephen Lang dan ramai lagi. Tahniah buat Tan Sri Michelle Yeoh!