30 C
Malaysia
Saturday, October 26, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

[TERKINI] Isu Rentas Negeri Beli Karpet : Neelofa & PU Riz Mengaku Tidak Bersalah

Sebentar tadi, pasangan selebriti yang juga usahawan terkenal, Neelofa dan PU Riz telah hadir ke Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan atas dakwaan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) baru-baru ini.

Mengaku Tidak Bersalah, Neelofa & PU Riz Dijamin RM15,000

Via Utusan- Mohd.Shahjehan Maamin

Bagaimanapun, Neelofa dan suaminya itu mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan PKPB. Memetik laporan Utusan Malaysia, Neelofa dikenakan jaminan sebanyak RM5,000 atas satu pertuduhan, gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’. Manakala PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd. Ismail, jaminan sebanyak RM10,000 telah dikenakan atas dua pertuduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’ atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Sebutan Semula Kes Pada 4 JUN 2021

Pasangan ini dituduh di bawah Peraturan 19, Peratutan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021. Difahamkan, sebutan semula kes ini akan berlangsung pada 4 Jun depan.

Mengimbas kembali kontroversi pada awal Mei lalu, Neelofa dan PU Riz dikatakan telah merentas negeri dengan berkunjung ke sebuah kedai permaidani, di Nilai 3, Negeri Sembilan. Tular di media sosial, mengenai video 15 saat yang dirakam oleh Neelofa sendiri, memaparkan perbualannya dengan seorang lelaki di kedai itu sekaligus menjadi pertikaian di kalangan netizen mengenai kebenaran rentas negeri yang diperoleh selebriti ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.