Tak dinafikan ramai pihak terutamanya peminat terkejut dengan berita drastik yang dikongsi oleh penyanyi, Nourul Wahab Depp.
Berkongsi di laman Instagramnya pada bulan lepas, pelbagai spekulasi timbul dan ianya berkait rapat dengan beberapa pihak termasuklah industri hiburan.
Isu Berhijrah Dan Tukar Kerakyatan?
Dipetik daripada Berita Harian, Nourul tidak mahu berkongsi lokasi penghijrahannya dan proses mengemas untuk berpindah sudah mencapai 70%.
Bercakap mengenai penyebab kepada isu ini, Nourul mengaku sememangnya terasa hati dengan beberapa pihak suatu ketika dahulu. Tetapi isu penghijrahan ini telah disuarakan oleh suaminya, Eric Depp.
Pada masa yang sama, Nourul juga mengatakan penghijrahannya ini bukan bermakna dia akan menukar kerakyatan tetapi ianya hanya untuk mencari pengalaman baru. Nourul akui dia pernah terkilan dengan sikap netizen.
“Saya tidak terfikir sampai tahap mahu menukar kerakyatan. Malaysia tetap di hati. Saya anak Malaysia, saudara mara juga ramai di sini.
“Saya berhijrah kerana mahu mencari pengalaman. Walaupun ada ketikanya saya terkilan dengan sikap netizen yang tidak henti mengecam hanya kerana saya belum bertudung, namun itu semua belum mampu membuatkan saya membawa diri untuk meninggalkan Malaysia buat selama-lamanya,” katanya.
Tidak mahu timbul sebarang spekulasi baru, Nourul juga berkata hasrat untuk berhijrah ini sudah lama difikirkan sebelum berkahwin dengan suaminya, Eric Depp.