24.5 C
Malaysia
Saturday, November 9, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Terkejut Dengan Isu Pergaduhan Siti Nordiana, Nubhan Harap 5 Sekawan Berdamai

Penyanyi Nubhan meluahkan rasa terkejut dan simpati apabila mengetahui isu perselisihan faham di antara rakan-rakan selebritinya, Siti Nordiana, Syura, Lan Solo serta dua lagi individu yang hangat diperkatakan sejak minggu lalu.

Nubhan Harap Rakan-Rakan Dapat Berdamai

Menerusi hantaran di laman Instagram, Nubhan yang juga rakan duet Siti Nordiana atau lebih dikenali sebagai Nana menerusi lagu Sekali Lagi mengharapkan agar kesemua mereka dapat berdamai semula memandangkan sudah lama bersahabat. Menyifatkan isu pergaduhan merupakan lumrah dalam pertalian persahabatan, namun Nubhan tidak menyangka ia sampai ke tahap saman-menyaman.

“Kesian rakan duet den ni. Tak sangka isu kawan-kawan boleh jadi sampai ke tahap saman menyaman. Gaduh-gaduh sikit, lepas cakap tu biasala dalam berkawan. Den pun penah jugak gaduh…pastu baik balik…pastu gaduh jap…pastu tiba-tiba holiday sama-sama…macam itu lah ulang-ulang sampai abang jamil..” tulis Nubhan

Tidak Sangka Sampai Ingin Saman

Dalam pada itu, Nubhan turut mendedahkan setiap kali dia keluar makan bersama rakan-rakannya itu pasti isu bayaran akan menjadi gurauan kerana masing-masing ingin mengelakkan daripada membayar makanan. Bagaimanapun, dia tidak menyangka isu seumpama itu telah dibahaskan secara langsung di Instagram dan secara tidak langsung turut berasa bersalah kerana mereka juga merupakan rakannya sendiri.

“Saya kalau kluar dengan diaorang ini sentiasa akan gaduh bila makan…berebut masing-masing nak mengelak bayar…bukan tak ada duit…tapi dah perangai memasing macam itu…layan je la…gurau kan…nothing serious..”

“Kawan-kawan ini kalau dah selesa, semua dia cerita, luah. Dari situ kita tahu la kelemahan & gila masing-masing. Tapi jangan la buat live…adoiiii… nak cakap lebih kang…masing-masing pun my pren oso… i is jem” katanya lagi

Harapan Nubhan, dia berharap agar isu tersebut dapat dijadikan pengajaran dan saling bermaafan kerana percaya masing-masing mempunyai kesilapan tersendiri.

“Maaf bermaafan lah…kita tak nak tau pun sapa betul sapa salah…everyone learned their lesson. bila jadi sesuatu perkara, sure masing-masing ada salah…kawan kan? Memang mulut longkang itu perkara biasa. Itu juga yang kita kawan…itu juga yang dah bertahun-tahun pun…Enough fingting2(gaduh) leyyy..Ini bukan nk bekap sesapalah…cuma nak tengok la korang ni berdamai” jelas Nubhan

Terdahulu, industri hiburan digemparkan dengan isu Siti Nordiana menuntut permohonan maaf daripada Syura, Lan Solo dan isterinya yang dikenali sebagai Sheila Razlan serta jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin berhubung isu tuduhan fitnah yang dilemparkan kepadanya menerusi satu sesi siaran langsung dalam Instagram. Gagal berbuat demikian, Siti Nordiana tidak teragak-agak untuk memfailkan tuntutan saman.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.