22.2 C
Malaysia
Sunday, December 1, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Terima 4 Tawaran Jadi Duta! Cik Manggis Terharu Dengan Rezeki Berhijab

Cik Manggis dari kumpulan penyanyi wanita popular, De Fam meluahkan rasa terharu apabila menerima pelbagai tawaran selepas membuat keputusan untuk berhijab sepenuhnya beberapa bulan yang lalu.

Terharu Dengan Rezeki Berhijab 

Menurut Cik Manggis atau nama sebenarnya Nurshazwani Shamsuddin,30 keputusan untuk berhijab adalah ikhlas dari diri nya sendiri dan tidak pernah memikirkan soal rezeki berkurangan sekiranya dia berhijab. Malah, dia bersyukur kerana mendapat rezeki yang lebih banyak sejak berhijab termasuklah menjadi duta produk mandian, Xorra Body Wash.

Dedah Cik Manggis lagi, bukan sahaja bagi Xorra Body Wash, malah dia turut menerima 3 lagi tawaran untuk menjadi duta kepada beberapa jenama secara berturut-turut sejak berhijab.

“Saya nak nangis tau! Sebab selepas saya berhijrah saya pernah terfikir nak cuba untuk tingkatkan keyakinan. Saya pernah berdoa saja-saja, ‘Ya Allah bagilah aku peluang untuk jadi duta. 5 tahun aku dengan De Fam, 5 tahun aku dalam industri, aku yakin dengan Kau.Sekurang-kurangnya sekali untuk mencuba jadi duta’”

“Saya percaya semua itu milik-Nya. Tak sampai seminggu pun, saya dapat peluang jadi duta dan sebenarnya saya dapat empat tawaran menjadi duta secara berturut-turut” dedah Cik Manggis kepada Murai.my.

Tolak Gimik Murahan 

Bercakap mengenai pengalaman pertama nya sebagai duta Xorra Body Wash, Cik Manggis begitu senang dan gembira berkolaborasi bersama jenama ini kerana mereka tidak meletakkan sebarang syarat khusus buatnya.

Menolak untuk membuat promosi secara gimik yang dilihat mungkin akan menjatuhkan nama baik kedua-dua belah pihak, akui Cik Manggis dia lebih selesa untuk mempromosikannya secara normal dan percaya produk ini akan mendapat sambutan yang cukup menggalakkan. Dedahnya lagi, dia terlebih dahulu mencuba produk-produk dari Xorra sebelum bersetuju untuk menjadi duta.

“Sebenarnya mereka sangat fleksibel dan saya seronok bekerja dengan mereka kerana tidak meletakkan sebarang syarat-syarat. Apa yang membuatkan saya terharu adalah kerana mereka betul-betul percaya dengan apa yang saya boleh buat. Mereka ambil saya bukan disebabkan mereka mengenali saya dan terus memberi tugasan yang diperlukan, kalau macam itu mungkin agak susah. Tetapi mereka memberi kebebasan untuk saya memberi kreativiti dalam mempromosikan produk ini”

“Kalau dilihat sejak dahulu lagi pun, saya tidak pernah memuatnaik sebarang posting yang kontroversi kerana suami sentiasa memberi nasihat kepada saya” ujar Cik Manggis.

Cik Manggis ditemui Murai.my ketika di majlis pelancaran Xorra Body Wash di Royal Palace pada petang Selasa. Dalam majlis itu, pengarah urusan Farmasia Sdn Bhd, Puan Zohrah Razak turut memperkenalkan Cik Manggis sebagai duta mereka.

Xorra Body Wash yang didatangkan dengan 3 haruman yakni Rose Petals, Morning Breeze dan Sakura Spring boleh didapati pada agen dan stokis mereka di seluruh negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.