27.3 C
Malaysia
Saturday, October 5, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

“Tebal Sungguh Kecewa Saya”- Ras Adiba Kesal Pihak Kementerian Pendidikan Tetap Kriteria Tidak Adil Pada OKU

Senator dan bekas personaliti televisyen terkenal, Datuk Ras Adiba Radzi meluahkan rasa hampa apabila pihak kementerian meletakkan kriteria yang tidak adil buat OKU (Orang Kelainan Upaya) untuk bergiat dalam dunia seni di menara gading.

Menerusi posting di Instagram, Ras Adiba menceritakan bahawa minatnya terhadap bidang seni tidak pernah luntur walaupun fizikalnya sudah berubah.

“Saya seorang penyair, penari, penyanyi sejak di bangku sekolah. Pada 2002 saya menjadi OKU. Namun minat saya dalam bidang seni terus tebal dan tidak pernah luntur.

Kini sungguhpun keadaan fizikal saya sudah berubah saya masih terus berkarya, tanpa mengira apa kata sekeliling.”-Jelas Ras Adiba

via Kementerian Pendidikan

Tambahnya lagi, dia akui rasa hampa melihat pihak kementerian pendidikan meletakkan kriteria tiada kecacatan sebagai syarat kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia.

“Jadi sebagai seorang yang mewakili komuniti OKU di negara kita, saya hampa melihat kriteria sebegini, untuk OKU bergiat seni dalam dunia seni di menara gading. Tebal sungguh kecewa saya.”-Ras Adiba

Mohon Pihak Berwajib Nilai Golongan OKU Seadanya

Bekas personaliti televisyen terkenal ini turut memohon pihak berwajib untuk memberi penilaian terhadap golongan OKU seadanya.

Aduhai, saya pohon pihak yang berwakib agar nilailah kami seadanya. Kami unik, bersemangat tinggi dan begitu menjiwai apa yang kami lakukan.

Lihatlah di sebalik kekurangan kami. Kerana situlah sebenarnya kelebihan kami.”-Ras Adiba

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.