Pelakon jelita, Anzalna Nasir menceritakan bahawa penyanyi, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin pernah hadir dalam mimpinya walaupun hanya untuk seketika.
Termimpikan Arwah Siti Sarah
Menurut Anzalna , dia termimpikan penyanyi kesayangan ramai itu berkemungkinan kerana berulang kali menonton video penggambaran jenama pakaian milik Allahyarhamah, Loveta bersama alunan lagu miliknya.
“Mungkin kerana terlalu banyak kali repeat tengok video shooting @lovetahq dengan alunan lagu dari arwah @sitisarahraissuddin sampai termimpi arwah. Al-Fatihah..tapi sekejap saja dia muncul.”-Kongsi Anzalna
“Ada Masa Dia Akan Termenung”-Anzalna Nasir
Tambah Anzalna lagi, dia menyifatkan anak kedua penyanyi itu, Dzahira Talita Zahra,8, merupakan seorang anak yang kuat dan cantik. Malah, Anzalna juga akui gembira dapat meluangkan masa bersamanyua.
“Dekta anak yang cantik, sangat manja, kelakar dan sangat kuat tetapi ada masa dia akan termenung. Had such a great time with her. Love you Dekta!”- tulis Anzalna lagi
Sekadar info, Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhirnya tepat pada pukul 5.13 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada 9 Ogos 2021 selepas bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19.
Al-Fatihah buat Arwah Siti Sarah