Pelakon berbakat besar, Amerul Affendi meluahkan rasa kecewa apabila wataknya ditukarkan dengan pelakon lain tanpa dimaklumkan terlebih dahulu.
Ditertawakan Pengurus Produksi
Menerusi tweet di laman Twitter, dia mendedahkan telah ditertawakan oleh seorang pengurus produksi berikutan ingin ubah sejumlah besar syarat di dalam kontrak.
“Bila kau ditertawakan oleh pengurus produksi kerana banyak sangat term nak diubah dalam kontrak.
Dan kemudian tahu-tahu dah ditukar dengan pelakon lain tanpa ada sekor pun bagitau.”- ciap Amerul
Kecewa dengan tindakan tersebut, Amerul turut menyifatkan dia bernasib baik kerana sudah menjadikan lakonan sebagai satu hobi.
“Tengoklah tahap professionalnya industri ni.. Nasib baik dah jadikan lakonan ni hobi sahaja.”- tambahnya
Sudah Kali Ke-3 Berurusan Dengan Pengurus Produksi Tersebut
Amerul Affendi atau nama penuhnya Mohd Amerul Affendi bin Mohd Mawardi turut mendedahkan bahawa ini sudah kali ketiga dia berurusan dengan pengurus produksi berkenaan. Malah dia pernah diperli sebagai ‘demand’ sewaktu berada di lokasi penggambaran.
“Dan ini kali ke-3 berurusan dengan pengurus produksi ni. Ingat lagi bagaimana dia menganjing waktu di lokasi kata ‘wah bukan main ko ye sekarang demand betul’, sambil kawan-kawan dia ketawa.
Lepas pada projek tu tahu-tahu nama dah dijaja ke merata tempat kata demand melampau.”- dedah Amerul
“Demand Kah Kalau Menuntut Hak Yang Sepatutnya”-Amerul
Susulan itu, Amerul turut bertanyakan kepada orang ramai mengenai rasional sikapnya membuat tuntutan di atas hak yang sepatutnya.
“Demand kah kalau menuntut hak yang sepatutnya.. Demand kah kalau masih buka untuk berunding bagi mendapat persetujuan yang baik kedua-dua belah pihak..
Ingatkan bila dah terduduk dek kerana pandemik dulu akan berubah lah pemikiran dan perangan bila sudah boleh bekerja kembali.”- jelasnya
Disokong Diana Danielle
Tweet yang dimuatnaik oleh pelakon itu tersebut turut disokong oleh pelakon jelita, Diana Danielle yang turut memahami perasaan Amerul.
“Saya mengetahui perasaan awak. Mereka mengatakan kita “sukar” untuk bekerja bersama.
Realitinya, diorang tak profesional dan tak reti bila kita laksanakan hak.”-komen Diana
Memetik laporan Utusan, Amerul mempunyai sebab menjadikan bidang seni lakonan sekadar hobi walaupun ramai yang memuji bakat lakonannya. Amerul kini lebih selesa meletakkan fokusnya kepada bidang pertanian dan penternakan yang diceburi sejak beberapa tahun lalu meskipun kadangkala rasa rindu terhadap dunia lakonan.