Selepas tular isu rakaman program Trending yang menampilkan ‘Kak Long 7E‘ atau nama sebenarnya Wan Nor Baizura sebagai tetamu, pihak TV Al-Hijrah membuat keputusan untuk menangguhkan sementara tayangan episod tersebut.
Al-Hijrah Ambil Maklum Teguran Orang Ramai
Menerusi sebuah kenyataan, stesen televisysen itu menghargai dan mengambil maklum akan teguran daripada orang ramai serta berterima kasih atas pandangan yang diberikan.
“TV AlHijrah juga mengambil kira kegelisahan yang tercetus dan mengambil keputusan untuk menangguhkan penyiaran episod
tersebut.“TV AlHijrah mengucapkan terima kasih atas maklum balas serta teguran penonton dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu kandungan kami agar lebih member manfaat kepada
rakyat Malaysia.” jelas kenyataan tersebut
Di kesempatan itu, Al-Hijrah menjelaskan bahawa program tersebut turut disertai Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki sebagai panel yang ditugaskan menitipkan nasihat dan dorongan buat Baiziura untuk menjadi individu yang lebih baik pada masa akan datang.
“Kehadiran ‘Kak Long 7E’ di studio juga disertai oleh Ustazah Isfadiah Mod Dasuki sebagai panelis yang mengambil peranan memberi tausiyah, teguran serta pengajaran kepada ‘Kak Long 7E’ agar lebih peka dan bertanggungjawab sebelum berkongsi apa sahaja isu di mana-mana platform khususnya di media sosial.” katanya
Terdahulu, Murai.my melaporkan Al-Hijrah menerima pelbagai kecaman daripada orang ramai selepas tular foto Baizura bersama Pencetus Ummah (PU) Amin dan Isfadiah dipercayai menjayakan program tersebut. Bagaimanapun, foto yang dimuatnaik oleh PU Amin itu telah dipadam dari akaunnya.