21.6 C
Malaysia
Sunday, December 1, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Tangan Penuh Kesan Luka! PU Abu Dipukul Beramai-Ramai?

Biarpun kontroversi mengenai Pencetus Ummah (PU) Abu yang menceraikan bekas isterinya sudah berakhir, namun segala perkongsian yang dibuat olehnya masih lagi menjadi tumpuan netizen.

Tangan Penuh Luka 

Ini termasuklah mengenai satu posting yang dimuatnaik nya semalam. Dalam foto tersebut kelihatan kedua-dua belah tangan pendakwah bebas itu dipenuhi dengan kesan-kesan luka dipercayai akibat dipukul. Menurut PU Abu, kesan luka tersebut adalah berpunca selepas dia didatangi oleh sekumpulan individu yang cuba memukulnya. Bersyukur hanya sekadar mengalami luka dan calar-calar kecil, dia redha dan berserah kepada Allah SWT sebagai pelindung.

Pelbagai Reaksi Netizen 

Biarpun begitu, perkongsian daripada PU Abu itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang simpati dan tidak kurang juga ada yang menganggap ianya sebagai balasan yang setimpal buatnya selepas daripada kontroversi perceraiannya bersama bekas isteri. Apa pun sama-sama kita doakan yang terbaik buatnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.