Pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun tampil meluahkan rasa kecewa mengenai festival hiburan besar-besaran yang diadakan di Arab Saudi.
Menerusi posting di Instagram, beliau meluahkan rasa kecewa apabila bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW dicemari dengan pesta hiburan yang memalukan seluruh dunia Islam.
“Sungguh mengecewakan dan menyedihkan. Saat kita masih berada dalam bulan kelahiran Rasulullah SAW yang mulia dan baru sahaja mendapat berita bahawa ibadah umrah telah dibuka semula,
di sana ada pula pihak yang sengaja mencemarkannya dengan PESTA HIBURAN YANG MEMALUKAN seluruh dunia Islam.”-Luah Ustazah Asma Harun
https://www.instagram.com/p/CVZyH_jlJqN/
Sebuah Tanda Bencana Akhir Zaman
Beliau turut menyatakan bahawa festival hiburan yang diadakan secara besar-besaran itu seolah-olah sebuah tanda bencana akhir zaman.
“Tuan Puan, Tular gambar dan video tentang sebuah festival hiburan besar-besaran yang dikenali sebagai ‘Riyadh Season’ dalam kebanyakan media sosial.
Festival yang dikelola oleh kerajaan Arab Saudi ini seolah-olah sebuah tanda bencana akhir zaman.”-Ustazah Asma Harun
Tambahnya lagi, beliau berpendapat alasan Kerajaan Arab Saudi mengadakan festival tersebut sebagai usaha untuk merancakkan kembali ekonomi dan industri pelancongan adalah suatu yang amat mendukacitakan.
“Kerajaan Arab Saudi mengatakan festival ini sebagai salah satu usaha yang dilakukan untuk merancakkan kembali ekonomi dan industri pelancongan.
Namun, sebagai sebuah negara Islam yang terdapat kalimah “لا إله إلا الله محمد رسول الله” pada bendera negara negara, ia suatu yang AMAT MENDUKACITAKAN.”-Ustazah Asma Harun
#موسم_الرياض في الخريف وحماسة الجماهير أسخن من الصيف 🤩🤩🤩 pic.twitter.com/B9zUjquqZk
— إلهام لي (@Li4CHNinGCC) October 20, 2021
Pada 21 Oktober lalu, Kerajaan Arab Saudi telah mengadakan festival hiburan secara besar-besaran ‘Riyadh Season 2021’ yang menyaksikan kehadiran lebih daripada 750,000 pengunjung pada opening parade, disertai dengan konsert oleh rapper antarabangsa, Pitbull dan ahli gusti terkenal dunia The Undertaker.
Apa pendapat anda?