27.3 C
Malaysia
Saturday, October 5, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

“Takut Tak Boleh Keluaq TV Ka”-Rita Rudaini Persoal Mufti Perlis Saran KKM Tangguh Pemberian Dos Penggalak

Pelakon, Rita Rudaini tampil mempersoalkan kenyataan yang diberikan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang menyarankan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menangguhkan pemberian dos penggalak kerana bimbang akan mempunyai kesan yang serius terhadap kesihatan.

“Dulu Kata Vaksin Melindungi”-Rita Rudaini

Menerusi Insta Stories, Rita mempersoalkan kenyataan Mufti Perlis itu yang dahulunya memberitahu bahawa vaksin itu ditugaskan untuk melindungi.

“Aikk dulu kata vaksin melindungi. Sejak bangkit dari koma ni macam kena kutey (cubit) dari tuhan. Belum kena tampar lagi..”- sindir Rita

Tambah Rita lagi, dia memberitahu bahawa suatu ketika dahulu dia suka mendengar dan melihat penerangan dari video Dr Asri yang bercakap mengenai perihal vaksin.

“Btw syok dengar dan tengok video dulu dia dok angkat vaksin.. Taku tak boleh keluar tv ka”-Soal Rita

Saran KKM Tangguh Pemberian Dos Penggalak

via Astro Awani

Dipetik dari laporan Harian Metro,Dr Asri menyarankan KKM untuk menangguhkan pemberian dos penggalak atau dos ketiga vaksin Covid-19 kerana dibimbangi mempunyai kesan yang serius terhadap kesihatan.

“Saya ingin mencadangkan supaya KKM menangguhkan pemberian dos ketiga sehingga dikeluarkan dengan jelas siapa yang tidak wajar mengambil dos ketiga ini kerana dibimbangi kesan yang serius.

Saya tidak menafikan peranan vaksin sebelum ini yang sudah mengurangkan risiko Covid-19, tapi saya bercakap apa yang sedang dialami oleh ramai pada dos yang ketiga ini.”-Kata Mufti Perlis pada Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.