Sejak semalam tular di media sosial mengenai Mira Filzah dilabel sebagai ‘cultural appropriation queen’ oleh seorang netizen selepas gambar pelakon itu memakai pakaian tradisional kaum India menjadi bahan perdebatan.
Tampil Berseloroh
Dalam pada itu, penyanyi Ernie Zakri tampil berseloroh di laman Twitter seolah-olah memerli mengenai isu tersebut yang mana turut mempersoalkan bagaimana ianya menjadi perkara yang agak rumit.
“Kalau nanti I buat tema Bollywood untuk wedding, ada yang mengamuk tak? Takut digelar cultural appropriation,”
Bagaimanapun, jelas Ernie tweet tersebut sekadar luahan hatinya dan keinginannya untuk berkahwin dalam tema Bollywood hanya sekadar meminta pandangan orang ramai.
Bakal Adakan Dua Majlis Perkahwinan
Dalam perkembangan lain, Ernie berkongsi mengenai perkembangan terkininya yang mana turut sibuk membuat persiapan perkahwinan yang dijangka pada awal tahun depan.
Menurut Ernie ketika ditemui Murai.my, mereka bakal mengadakan dua majlis persandingan bagi meraikan bersama keluarga dan saudara mara serta sebuah majlis berasingan untuk media bersama rakan artis.
“Apa yang pasti, majlis perkahwinan kami kena dirancang dengan sebaiknya mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerana wabak Covid-19 ini.
“Kami tak mahu nanti wujud pula kluster SyamelErnie. Jadi, kami sangat hati-hati kerana tidak mahu ada masalah atau perkara lain yang timbul selepas itu,” katanya kepada Murai.my
Ketika ditanya mengenai gandingan duet terbaharu mereka, Ernie tidak menolak mereka mempunyai perancangan untuk single tersebut namun masih memikirkannya untuk dilancarkan pada majlis perkahwinan mahupun sebaliknya.Ernie ditemui Murai.my baru-baru ini di majlis pelancaran rancangan realiti terbaharu, Immortal Songs di Farm Fresh Serdang.