Nama Nur Sajat Kamaruzzaman sejak beberapa minggu yang lalu kembali hangat diperkatakan selepas usahawan kosmetik ini teruk dikecam gara-gara memuat naik foto dan video yang hanya berbikini dan menampakkan punggungnya di laman Instagram.
Sajat Sedih, Mahu Keluar Islam?
Ekoran teruk dikecam, Sajat meluahkan rasa sedih dan kecewa setelah dikecam dengan begitu hebat oleh warganet. Menerusi Insta-story nya, Sajat merasakan seolah-olah tidak layak berpegang kepada agama Islam apatah lagi ramai yang menjatuhkan hukum terhadapnya.
Dalam luahan itu, Sajat berkata orang ramai mungkin akan berpuas hati sekiranya dia keluar dari agama Islam.
“Kalau betullah agama Islam benci orang sepertiku, dan aku tak layak berpegang kepada agama Islamku…
“Dan semua orang nak jatuh hukuman terhadapku dengan melandaskan agama yang ku pegang…
“Mungkin mereka lebih suka aku keluar (agama Islam) demi mereka dapat bahala (pahala).
“Sedih dan pilu untuk ku luahkan perkara ini. Ya Allah,” tulisnya.
Menteri Beri Kebenaran Untuk Tindakan
Saya beri lesen penuh kepada semua penguatkuasa JAWI untuk laksanakan fungsi Bahagian Penguatkuasaan JAWI dengan sebaiknya di Wilayah Persekutuan. Dengan syarat, patuhi SOP yang telah ditetapkan. pic.twitter.com/K1Idyrvs4u
— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) July 10, 2020
Beberapa hari yang lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata pihaknya telah memberikan lesen penuh kepada penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk bertindak mengenai golongan transgender untuk memberi pendidikan atau tarbiah supaya mereka kembali ke pangkal jalan.