Sekitar tahun 2015, penyanyi popular Dato Seri Siti Nurhaliza mendedahkan pernah diganggu oleh seorang lelaki misteri yang menunjukkan kemaluan di hadapan rumahnya di Bukit Antarabangsa, Ampang.
Kembali Buat ‘Hal’
Terbaru, lelaki yang dipercayai duda kepada dua orang anak itu kembali membuat perkara yang sama petang semalam di hadapan rumah pelatun Basyirah itu.
“Tolong! Macam mana nak buat! Ingat tak orang tak siuman yang pernah buat kacau di rumah saya dulu dah pernah masuk penjara dan surat khabar, kini menjelma kembali.
“Serba salah jadinya… Menjerit-jerit depan rumah,” kongsi Siti menerusi laman Insta-stoy nya
Sebagai rekod, sebelum ini lelaki yang berusia 55 tahun dikenali sebagai Amiruddin Sulaiman pernah dijatuhkan hukuman penjara enam bulan kerana gagal membayar denda sebanyak RM5,000 selepas didapati bersalah atas kesalahan yang dilakukan pada tahun 2015 itu.