Pelakon dan pengacara popular, Yasmin Hani tampil menitipkan pesanan buat kaum lelaki agar tidak malu untuk menunjukkan perasaan sedih di hadapan orang lain.
“Tak Perlu Tunjuk Kuat Bila Tak Kuat”-Yasmin Hani
Pesanan itu dibuat Yasmin menerusi perkongsian hantaran di Instastories miliknya yang turut berharap agar mereka tidak memendam perasaaan.
“Jangan segan nak tunjuk sedih, luahkan perasaan. Bila letup lagi susah. Semua susah. Tak perlu tunjuk kuat bila tak kuat. its ok.”- kongsi Yasmin
Tidak Pernah Larang Anak Lelakinya Menangis
Yasmin atau nama penuhnya Yasmin Hani Richardson turut mendedahkan bahawa dia tidak pernah melarang anak-anak lelakinya, Noah Ismail Wong dan Eissa Elzander Wong untuk menangis kerana mereka juga mempunyai perasaan.
“Saya tidak pernah memberitahu anak-anak lelaki saya tidak boleh menangis. Tidak pernah. Mereka juga ada perasaan.”-dedah Yasmin
Dedah Yasmin lagi, dia akui pernah arwah bapa pernah menangis di hadapannya.
“Arwah my dad pernah je nangis depan i. Takde ego. Dari situ i faham apa yang boleh melukakan dia dan kita kelak.”- kata Yasmin
Kaum lelaki, anda tidak perlu rasa malu untuk menunjukkan perasaan sedih anda di hadapan orang lain, Luahkan saja okay!