Usahawan sensasi, Nur Sajat meluahkan rasa berang terhadap segelintir pihak yang mengaitkan namanya berkaitan dengan hal-hal politik.
Menerusi Insta Stories, beliau meminta pihak-pihak yang terlibat untuk berhenti mengaitkannya dengan hal-hal berkaitan politik.
“Hal-hal politik, tolong jangan kait dengan saya..Korang yang lembik, tiba-tiba nak cakap macam Sajat… Tak Ke Macam si*l tu!
Urusan politik terumbang-ambing!! Stop lah guna nama Sajat”- Sajat
Tambahnya lagi, beliau turut mempersoalkan pihak yang menggunakan nama beliau yang kini sudah berada di Australia.
“Aku perasan kan bila guna nama aku, Issue Sajat, semua benda yang lebih penting diam membisu!! Heyy aku kat Australia dah!! Kenapa nak sebut hal aku??”-Soal Sajat
Dedah Guna Halnya Untuk Tutup Masalah Di Malaysia
Usahawan sensasi ini turut memberitahu pihak yang terlibat menggunakan halnya untuk menutup segala masalah besar yang berlaku di Malaysia.
“Kenapa nak sebut hal aku?? Ehh suka hati korang lah!! Memang mereka guna isu Sajat nak tutup segala masalah besar kat Malaysia tu.. Corruption kan..”-Jelas Sajat
“Kan dah kata, hal politik pun tetap nak kaitkan dengan saya!! Kesian yer..”-Sajat
Terdahulu, Murai My melaporkan Nur Sajat meluahkan rasa teruja apabila bakal ditemubual oleh sebuah portal berita antarabangsa terkenal, BBC. Beliau turut berharap jenama produknya akan menjadi terkenal di peringkat antarabangsa suatu hari nanti.