Tengah malam tadi, Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan telah memuatnaik sebuah video bagi menjelaskan keadaan sebenar berkenaan perkahwinan keduanya dikatakan sedang berantakan. Segalanya bermula apabila isterinya sendiri, Hana Azraa mendedahkan bahawa mereka bakal bercerai dan tidak lagi tinggal sebumbung.
Selar Tindakan CapriceĀ
Sehubungan dengan itu PU Abu menafikan bahawa mereka tidak lagi tinggal sebumbung dan masih lagi berstatus suami isteri.
Biarpun begitu, dia akui baru-baru ini mereka mempunyai sedikit konflik sehingga tercetusnya spekulasi berkenaan.
Dalam video itu, dia turut menyelar posting yang dimuat naik oleh Caprice berkenaan isu rumah tangganya.
Biarpun pendakwah bebas itu tidak menyebut nama penyanyi rap berkenaan namun berdasarkan tagline yang disebutnya sebagai āBang..Bang..Bangā jelas sekali merujuk kepada Caprice.
Tidak Padam Video
Menurut PU Abu, dia memohon kepada sesiapa sahaja agar tidak memberi sebarang spekulasi yang tidak benar atau lebih baik berdiam diri sahaja kerana mereka tidak mengetahui akan perkara yang sebenar.
Tambahnya lagi perkara seumpama itu hanya membuatkan ianya menjadi fitnah dan menjadi bahan mengumpat.
Tidak lama kemudian, PU Abu bertindak untuk memadam posting tersebut sehingga dihujani dengan pelbagai persoalan dari netizen.
Jelas PU Abu, dia tidaklah memadam posting itu sebaliknya hanya menyimpannya dalam arkib kerana berasakan tidak patut berkongsi isu berkenaan.