21 C
Malaysia
Sunday, December 1, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Syafie Naswip & Aishah Azman Putus Tunang!

Sepatutnya hujung tahun ini, pelakon Syafie Naswip dan Aishah Azman dijangka akan melangsungkan perkahwinan mereka selepas mengikat tali pertunangan pada 7 April 2019.

Sudah Putus Tunang 

Namun begitu, terdapat satu perkhabaran yang mengejutkan yang mana Syafie dan Aishah dikatakan telah putus tunang seperti yang turut dilaporkan oleh portal Gempak . Menurut Syafie dia mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan bukanlah kerana sesiapa namun sebaliknya atas pertujuan bersama. Sejak semalam, pelbagai spekulasi mengenai kedua-dua pelakon ini hangat diperkatakan apabila mereka dilihat sudah memadam gambar bersama selain tidak mengikuti antara satu sama lain di laman Instagram.

Anggap Dugaan Terlalu Berat 

Jelas Syafie, dugaan pertunangan ini dianggapnya terlalu berat dan tidak mampu untuk meneruskannya sama seperti apa yang diperkatakan oleh Aishah selepas dihubungi oleh portal itu.

“Ya, kami sudah putus tunang. Itu sahaja kenyataan yang dapat saya berikan. Malah jika ada yang bertanya, saya tidak akan menjawab lagi tentang perkara ini,”

“Tidak ada orang ketiga, mahupun masalah keluarga, tetapi saya rasa dugaan bertunang ini terlalu berat dan tidak mampu untuk meneruskan,”

“Jika dugaan ketika ini sudah tidak mampu saya tanggung, bagaimana nanti apabila sudah berkahwin?

“Buat masa sekarang, mungkin ini adalah keputusan yang terbaik untuk kami berdua. Mungkin juga dugaan paling besar adalah soal kematangan diri saya,”

Menjawab mengenai tarikh sebenar terlerai nya ikatan di antara mereka dan adakah masih saling sayang menyayangi, pelakon yang terkenal menerusi filem Mohsin itu mengambil jalan untuk terus mengunci mulut dan enggan memberi sebarang kenyataan mengenai berita pertunangannya itu. Barangkali ianya sudah tertulis sedemikian dan sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.