21.4 C
Malaysia
Saturday, October 26, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Suria FM Nafi Dedah Butiran Peribadi Pemanggil Kepada Pihak Ketiga

Suria FM tampil dengan sebuah kenyataan rasmi menjelaskan mengenai dakwaan kononnya stesen radio tersebut telah mendedahkan informasi dan butiran peribadi pemanggil mereka kepada pihak ketiga.

Suria FM Tidak Terlibat Dalam Pendedahan Butiran Peribadi 

Dalam kenyataan tersebut, Suria FM menegaskan pihak mereka telah menjalankan operasi secara profesional mengikut garis panduan mandatori yang telah ditetapkan. Malah, Suria FM turut memaklumkan tidak terlibat dalam pendedahan butiran peribadi seperti yang tular di media sosial.

Akan Terus Komited 

Dalam pada itu, Suria FM akan terus komited mendengar keluhan dan rintihan orang ramai ketika berhadapan dengan pelbagai cabaran khususnya ketika pandemik COVID-19 ini. Terdahulu, tular di media sosial mengenai seorang individu telah membuat panggilan ke Suria FM dan berkongsi kisah sedih sebuah keluarga di Kuala Kangsar, Perak.

Meskipun Suria FM tidak mendedahkan identiti keluarga tersebut namun,Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Yazid telah memuat naik sebuah video di laman Twitter rasmi mendedahkan pihaknya telah bertemu dengan keluarga tersebut.

Dalam video yang dimuat naik itu, wanita yang dikenali sebagai Kak Wati telah menceritakan bahawa kisahnya di radio tersebut hanyalah palsu dan akui tidak mengetahui mengenainya. Bagaimanapun, orang ramai bertindak mengecam Mastura kerana mendedahkan identiti wanita tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.