Selebriti Suhaimi Saad menerusi laman Instagram nya pada Ahad akui berasa bangga terhadap 779 orang guru di negeri Johor yang dikhabarkan menolak untuk menerima vaksin COVID-19.
Doakan 779 Guru Tolak Vaksin
Menurut Suhaimi, dia menyifatkan guru tersebut bukanlah mereka yang terdiri daripada golongan tidak bijak dan turut mendoakan agar dipermudahkan urusan mereka.
“Aku respek 779 cikgu-cikgu Johor tu. Semoga Allah bantu dan permudahkan urusan diorang.
“Cikgu bukan orang orang bodoh macam kebanyakan netizen lembu,” tulisnya.
Beri Amaran Kepada Netizen
Dalam hantaran susulan, suami kepada Ina Naim ini juga memberi amaran kepada netizen yang cuba mengecamnya kerana dia menghormati golongan yang menerima vaksin yang turut terdiri daripada golongan muslim.
“Aku hormat korang sebab korang muslim. Ko nak cucuk 18 kali sehari ke, nak mampus cepat ke, nak sembah dajjal ke, ko punya pasal la..
“Tapi tak payah nak menyemak dekat sini. Aku tak ‘add’ tak panggil pun
“Jangan paksa aku maki korang eh” tegas Suhaimi
Terdahulu, tular di media sosial mengenai berita seramai 779 guru di negeri Johor menolak untuk menerima vaksin COVID-19. Berita tersebut turut sampai ke pengetahuan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibrahim yang bertitah akan bertemu dengan Pengarah Pendidikan Johor dan 779 guru tersebut.