Sejak minggu lalu, hangat memperkatakan mengenai isu putus tunang diantara pelakon Syazwan Zulkifly dan Syawariah Zulkifli. Menguatkan lagi spekulasi berkenaan, kedua-duanya sudah memadamkan foto antara satu sama lain dan sudah tidak lagi mengikuti akaun satu sama lain di laman Instagram. Tidak lama kemudian, sekeping foto Syazwan bersama seorang gadis lain juga turut tersebar di Internet.
Syawariah Pulangkan Cincin
Terbaru, menerusi laman Instagram Syawariah dia mendedahkan bahawa mereka sudah berpisah sejak hujung Mac yang lalu.Akuinya lagi, dia sendiri telah memulangkan cincin merisik dan bertunang kepada Syazwan sendiri dan hanya diketahui oleh kedua-dua belah pihak keluarga
Anggap Tiada Jodoh
Enggan mendedahkan punca perpisahan tersebut, kongsi Syawariah dia menganggap tiada jodoh diantara mereka dan mendoakan yang terbaik buat Syazwan.
“Apa yang berlaku antara saya dan Syazwan, saya anggap sudah tak ada jodoh, dan biarlah kami sahaja yang tahu punca perpisahan ini,”
“Saya doakan yang baik baik sahaja untuk dia.
“Terima kasih kepada keluarga yang sentiasa ada dengan saya dan terima kasih jugak kepada yang mendoakan saya,”
Sebagai info, mereka mula berkenalan sejak 10 tahun lalu dan mengikat tali pertunangan pada 31 Ogos 2019.