Usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli tampil memberikan penjelasan selepas tular video dirinya sedang berbual dengan bekas majikan, Datuk Seri Vida (DSV) setelah selesai konsert Big Stage 2022 pada Ahad lalu.
Tidak Sangka Momen ‘Itu’ Jadi Tular
Menerusi Insta Stories, Iqbal akui tidak menyangka momen itu akan tular di media sosial dan mendedahkan bertanya khabar Vida setelah lebih 5 bulan tidak berhubung.
“Saya tidak sangka momen ini tiba-tiba viral. Ini memang saya datang tegur DSV setelah lebih 5 bulan tidak bersua dan tidak berhubung. Hanya ini waktu yang saya ada untuk tegur beliau. Saya datang bertanya khabar. Kami berbual baik walaupun sedikit janggal.”-Kongsi Iqbal
Hanya Mahu Leraikan Krisis Yang Berlaku
Menurut Iqbal , berhubung kenyataan yang diberikan oleh pembantu peribadi Vida yang mendakwa dia telah mengejar usahawan itu, Iqbal berkata dia hanya ingin meleraikan krisis yang berlaku di antara mereka.
“Ini kenyataan dari PS DSV. Ya, tidak mengapalah saya tebalkan muka untuk kejar beliau pun. Tidak mengapa orang tertawakan saya . Saya cuma mahu leraikan krisis yang berlaku dan mahu natural keadaan sahaja.”- katanya
Sibuk Jalani Penggambaran Program TV & Drama
Di kesempatan itu, dia menafikan bahawa dirinya ‘sendu’ malah kini sedang sibuk menjalani penggambaran beberapa program televisyen serta turut mendapat tawaran membintangi drama.
“Apakah kerana saya sendu? Tidak sama sekali. Ada ketika saya cuma tidak mahu aktif di media sosial. Hakikatnya, setiap hari biasanya ada 4 program TV saya shooting.
Drama pun saya dapat 3 tawaran lagi sekarang. Kita tidak memikirkan tentang populariti lagi.”- katanya lagi
Nama Iqbal sebelum ini menjadi perhatian netizen kerana menghasilkan sebuah single yang menceritakan perjalanan hidupnya. Namun, tidak lama kemudian usahawan ini dikecam selepas menyertai program realiti Big Stage 2022 dan menjadi peserta pertama yang tersingkir.