23.6 C
Malaysia
Sunday, September 15, 2024

Latest Posts

Sudah Cecah Lebih RM32 Ribu! Aznil Nawawi Kumpul Dana Untuk Biaya Kos Pembedahan Zamani

Umum mengetahui penyanyi yang cukup terkenal di era 90-an Zamani menghidap penyakit skoliosis yang mengakibatkan tulang belakangnya semakin ‘bengkok’. Susulan itu, pengacara tersohor, Datuk Aznil Haji Nawawi telah membuka akaun peribadinya untuk mengumpul dana orang ramai bagi membiayai kos pembedahan Zamani.

Runsing Jika Zamani Terpaksa Kerja Keras 

Menerusi hantaran di Instagram, Aznil atau mesra disapa sebagai Pak Nil akui berasa runsing jika Zamani terpaksa bekerja keras untuk mengumpul dana, kerana ia akan lebih memudaratkan keadaan kesihatannya.

“Paknil tersentuh dengan laporan @mstaronlineofficial mengenai penyanyi pujaan ramai @zamanislam_official. Takpe.

“Biar Paknil yang rayu bantuan. Paknil runsing kalau dia terpaksa kerja keras untuk kumpul dana akan memudaratkan keadaan kesihatan beliau.

“Paknil bukakan akaun peribadi paknil untuk mengumpul dana membantu pembedahan Zamani. InsyAllah,” Katanya.

via Instagram Aznil Haji Nawawi

Kutipan Dana Sudah Cecah Lebih RM32 Ribu!

Apa yang lebih membanggakan adalah, kutipan dana tersebut kini sudah mencapai jumlah RM 32,190.21 hanya dalam masa 15 jam.

“Syabas rakyat Malaysia! Dalam masa 15 jam”- Kongsi Pak Nil.

via Instagram Aznil Haji Nawawi

Terdahulu, Murai MY melaporkan Pak Nil memuatnaik video rakaman nyanyian Zamani bersama Wany Hasrita, yang dirakam beberapa bulan lalu dan menyatakan bahawa berlaku perubahan terlalu cepat terhadap tubuh badan pelantun Gerimis Mengundang itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.