22.2 C
Malaysia
Sunday, December 1, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Sudah Bernikah? Ini Jawapan Dari Sharifah Sakinah

Sejak beberapa hari yang lalu, muncul spekulasi mendakwa pelakon Sharifah Skakinah kononnya sudah bernikah dengan seorang jurulatih kecergasan dari Sweden yang dikenali sebagai Michael Hansen.

Sakinah Jawab Spekulasi Berkahwin

Spekulasi tersebut muncul selepas Sakinah dikhabarkan sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan jejaka tersebut apatah lagi memuatnnaik foto mesra terbaharu mereka di dalam sebuah kolam renang.

Lebih mengejutkan, tatkala ditanya oleh warganet mengenai spekulasi mereka bahawa Sakinah telah berkahwin, pelakon ini menjawab ringkas “Already” beserta emoji sebentuk cincin.

Hanya Inginkan Perhatian

Rata-rata daripada mereka turut terkejut dengan komen yang diberikan namun dalam masa yang sama turut mengucapkan tahniah buat Sakinah. Dalam pada itu, di ruangan Insta-story Sakinah berkongsi laporan sebuah portal mengenai dakwaan kononnya dia sudah berkahwin. Turut menjawab ringkas, adik kepada pelakon Sharifah Shahira ini menafikan dakwaan tersebut dan hanya inginkan perhatian semata-mata.

Untuk rekod, Sakinah pernah berkahwin dengan seorang juruterbang,Afif Adha selama dua tahun sebelum disahkan bercerai pada Mei lalu. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.