Baru-baru ini tular di media sosial mengenai sedutan video nyanyian penyanyi Nabila Razali yang sedikit terkucil ketika sedang mendendangkan hits terbarunya, Peluang Kedua di sebuah rancangan secara langsung.
Nabila Mohon Maaf
https://twitter.com/FLjasmy/status/1266364986202263555
Pelbagai reaksi telah diberikan oleh warganet mengenai video tersebut.Ada yang bersimpati dan tidak kurang juga ada yang mengecam nya kerana beranggapan Nabila sememangnya tidak boleh bernyanyi. Susulan daripada itu, malam tadi menerusi laman Instagram nya, Nabila tampil dengan satu kenyataan rasmi memohon maaf.
https://www.instagram.com/p/CA24WBApg84/
Berjanji Akan Perbaiki Kesilapan
Dalam posting tersebut, Nabila akui akan kesilapannya dan tidak menyalahkan mana-mana pihak. Malah, dia memohon maaf sekiranya persembahannya itu mengecewakan peminat dan akan memperbaikinya dengan lebih baik.
Di kesempatan itu, Nabila juga berterima kasih buat mereka yang menghantar pelbagai mesej kata-kata semangat buatnya. Rata-rata peminat serta rakan artis seperti Shiha Zikir juga membanjiri ruangan komen dengan memberikan nasihat buatnya serta menganggap ianya adalah normal buat kebanyakan penyanyi.