Pelakon dan usahawan, Zarina Zainuddin membuat perkongsian mengenai detik perkenalannya bersama suami, Datuk Seri Abdul Raihan Wan Jaafar ketika dirinya berasa trauma untuk mendekati kaum lelaki.
Suami Jujur Kongsi Kisah Isteri Pertama
Menurut Zarina, dia berkenalan dengan suaminya ketika berusia 22 tahun dan ketika itu suaminya jujur menceritakan kisah percintaan dengan isteri pertama yang diminati Raihan sejak di sekolah menengah.
“Di usia 22 saya berkenalan dengan seorang lelaki yang jujur menceritakan kisahnya mula-mula bercinta dengan isterinya dari zaman isterinya tingkatan 2 lagi.
Dia cakap bukan senang dia nak rebut hati isterinya sampai nak kena tembak dengan arwah bapa isterinya dengan senapang patah. Last-last-last dia dapat juga kahwin. Cintanya memang mati dengan isterinya.”-Kongsi Zarina
Kahwin Tanpa Ada ‘Cintan Cintun’
Tambah Zarina, ketika Raihan meluahkan hasrat untuk melamarnya sebagai isteri, dia telah membuat permintaan untuk bertemu dengan bakal madunya itu untuk meminta persetujuan. Susulan itu, mereka telah dipertemukan dan Zarina memuji sikap suaminya yang berani.
“Bila dia ajak saya kahwin, saya cakap bawak jumpa isterinya dulu..Dia berani bawak saya jumpa minta izin. he is a gentleman..Walau saya kahwin tanpa cintan cintun tapi dia tak pernah mensia-siakan saya.”- dedahnya lagi
Hanya Ada Seorang Suami
Selain itu, Zarina beranggapan perkahwinannya yang kini sudah berusia 28 tahun sebagai bukan tempoh masa yang sedikit. Malah, dia turut mendedahkan hanya mempunyai seorang suami sejak dirinya berumur 22 tahun sehingga kini, meskipun ada pihak yang mempersoalkannya.
“28 tahun bukan masa yang sedikit. Orang banyak tanya itu suami kedua awak ke. Itulah suami saya dari umur saya 22 tahun lagi sehingga kini 51 tahun.” katanya