Lagi berita mengenai pelakon Nynaa Harizal. Pada petang Khamis, suami kepada Nynaa, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas, 29, telah memfailkan permohonan nusyuz dan perintah kembali taat kepadanya dalam tempoh tujuh hari di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Bawa Kes Ke Mahkamah
Permohonan itu telah difailkan Fahmi terhadap Nynaa atau nama sebenarnya, Nurul Hanynaa Harizal ,25, selaku defendan di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Noriah Zakaria.
Fahmi Sedia Maafkan Nynaa
Memetik laporan media tempatan, Fahmi yang diwakili Peguam Syarie Datuk Zainul Rijal Abu Bakar menjelaskan tujuannya adalah untuk menjernihkan kembali rumah tangga mereka.Susulan itu, mahkamah menetapkan 1 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes. Dalam pada itu, Fahmi bersedia menerima dan memaafkan isterinya.
“I love you sayang (saya cintakan awak). Saya sentiasa ada untuk awak (Nynaa). Awak boleh hubungi saya bila-bila masa…saya harap kita dapat berjumpa dalam masa terdekat,” katanya.
Terdahulu, Murai.my melaporkan bapa kepada Nynaa,Harizal Hashim,49 mengaku tidak bersalah atas kesalahan mengugut dengan mengeluarkan sepucuk pistol terhadap seorang lelaki pada 2 November lalu. Harizal sebelum itu dikatakan telah ‘menculik’ anaknya serta mengacukan sepucuk pistol kepada pengawal peribadi Nynaa. Pengakuan itu dibuat di Mahkamah Majistret juga pada Khamis.
Mahkamah menetapkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Disember untuk sebutan semula kes.