Kemelut rumahtangga penyanyi Lufya Omar akhirnya terjawab apabila penyanyi itu disahkan telah berpisah dengan suaminya yang juga seorang doktor, Che Muhammad Hafiz.
Cerai Menerusi WhatsApp
Pendedahan itu telah dibuat sendiri Hafiz apabila dia mengesahkan sudah menceraikan isterinya pada minggu lalu menerusi lafaz talak di aplikasi WhatsApp. Jelas Hafiz, lafaz itu dibuat selepas perbincangan menyelesaikan masalah mereka gagal mencapai kata sepakat.
“Saya sudah menerima permintaan Lufya untuk meminta cerai. Akhirnya saya menyambutnya dengan cara baik minggu lalu ketika kami berhubung menerusi WhatsApp bagi membincangkan hal rumah tangga”
Akur dengan permintaan penyanyi itu yang ingin berpisah, menurut Hafiz dengan penjelasan ini dia mengharapkan agar netizen tidak lagi mencetuskan pelbagai spekulasi lain.
Lufya Padam Posting
Dalam perkembangan lain, Lufya turut memadam posting nya sebelum ini yang mendedahkan perihal sebenar mengenai rumahtangga mereka yang sudah lama bergolak. Menurut Lufya, dia terpaksa memadam posting tersebut kerana terlalu banyak fitnah terhadap dia dan Hafiz selain berharap dapat membesarkan anaknya, Laana Haura dengan cara yang terbaik.
“Terima kasih untuk doa dan kasih sayang anda semua kepada lufya. Tekanan yang fya rasakan melampaui kemampuan lufya untuk menyimpan perkara ini sendiri. Lufya bertambah sedih apabila membaca komen-komen yg mengundang banyak fitnah terhadap dia dan lufya delete posting smlm untuk ketenteraman semua pihak.
Hati wanita ni jika dijaga, dibaja, dan disiram dengan perhatian dan kasih sayang tak mungkin meletop tak tentu pasal. Don’t take women for granted. Please understand us, shower us with love and tenderness. Why is it so hard to do that?? Am i not worthy to be loved? I love my family but i need to be happy to raise my child in a good manner. I want her (Laana Haura) to be happy too. Im just a human not an angel”
Terdahulu, Lufya mengejutkan peminat dengan mendedahkan bahawa rumahtangga nya yang dibina mula mengalami masalah seawal tiga bulan perkahwinan. Malah akui Lufya, dia telah mengalami kemurungan selepas berkahwin dan suaminya pernah melakukan penganiayaan yang disifatkan Lufya sebagai ‘tidak terjangkau dek fikiran’ terhadap dirinya.