27.3 C
Malaysia
Saturday, October 5, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Star Wars: The Rise Of Skywalker Ada Adegan Sesama Jenis? Ini Kata Pengarah

Menjelang tayangan “Star Wars: The Rise of Skywalker” dalam beberapa minggu lagi, semua perincian tentang siri terbaru “Star Wars” akan dicari oleh kalangan peminat. Tidak terkecuali mengenai jalan cerita yang dikatakan agak rumit sebagai cerita penutup franchise “Star Wars”.

Bercakap tentang jalan cerita, sesetengah peminat mengesyaki filem ini akan menambah beberapa adegan percintaan. Bukan sekadar hubungan antara watak-watak Kylo dan Rey, tetapi juga beberapa pelakon pembantu yang lain.

Menariknya, peminat mengesyaki bahawa hubungan dua watak lelaki dalam filem ini, iaitu Finn (John Boyega) dan Poe Dameron (Oscar Isaac) juga akan diterokai. Malah, ramai peminat berharap kedua-duanya bukan sahaja menjadi pejuang Resistance melawan Empire.

Finn (John Boyega) dan Poe Dameron (Oscar Isaac)

Bercakap mengenai hal ini, pengarah “Star Wars: The Rise of Skywalker”, J.J. Abrams, telah buka mulut. Abrams dengan jelas menyatakan bahawa hubungan sebenar antara watak Finn dan Poe lebih mendalam daripada hubungan percintaan seperti yang digambarkan oleh ramai orang.

Menurut Abrams, Finn dan Poe umpama pasangan adik beradik, mereka berkongsi ikatan perhubungan yang sangat mendalam kerana bagaimana mereka bertemu dan juga cara mereka berinteraksi antara satu sama lain.

J.J. Abrams

“Hubungan mereka sebenarnya lebih mendalam daripada hubungan percintaan,” kata Abrams yang dilaporkan oleh Variety.

“Kedua-duanya mempunyai semangat yang sama, yang mungkin membuat mereka kelihatan akrab. Mereka juga mempunyai ketakutan yang sama, tetapi keberanian mereka juga tidak hilang.”

Walaupun ramai yang beranggapan watak Finn dan Poe  jelas seperti sedang bercinta, namun Abrams seperti tidak menolak unsur LGBTQ dari sudut berbeza dalam filemnya.

“Dan mengenai komuniti LGBTQ, Apa yang penting bagi saya adalah orang-orang yang datang untuk menonton merasa diri mereka menjadi representasi dalam filem ini,” kata Abrams.

Dalam sisi lain, laporan itu turut bertanya, adakah itu bererti akan ada karakter aneh di “The Rise of Skywalker”?

“Saya boleh nyatakan untuk tidak memberikan apa-apa bayangan tentang apa yang terjadi di dalam filem ini,” jawab Abrams sambil tersenyum.

Sependapat dengan Abrams, Oscar Isaac berkata  kemungkinan ada hubungan lebih antara karakternya dengan Finn. Isaac menambah bahawa “kekaburan” hubungan sebenar watak-watak ini menimbulkan banyak spekulasi dari penonton.

“Sekiranya mereka adalah pasangan kekasih, ia pasti menyenangkan,” kata Isaac.

Selain itu, Disney seolah-olah menjamin bahawa “Star Wars: The Rise of Skywalker” akan menjadi penghormatan bagi para peminat siri “Star Wars”. Terutama untuk peminat setia franchise yang bermula 42 tahun lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.