22.8 C
Malaysia
Saturday, October 5, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Sokong Kekejaman? Rakyat Hong Kong Kembali Tularkan Boikot ‘Mulan’

Tak sampai seminggu pun Disney melancarkan trailer filem terbaru “Mulan”, kontroversi sudah melekat pada filem ini. Seperti yang diramalkan, trailer filem ini segera mencuri perhatian peminat dan menjadi topik hangat.

Dalam mempromosikan filem ini, Liu Yifei sebagai watak utama tidak lupa berkongsi trailer ini ke akaun media sosialnya.

Tetapi malangnya, tindakan Yifei ini sebenarnya menimbulkan kemarahan dari beberapa pihak, terutama penduduk Hong Kong. Malah hashtag #BoycottMulan mula muncul.

Nak tahu apa punca boikot ini? Murai MY difahamkan ia berlaku pada bulan Ogos yang lalu di mana Liu Yifei pernah menimbulkan kontroversi kerana dia menyuarakan sokongannya terhadap anggota polis di Hong Kong.

Pelakon itu dituduh menyokong kekejaman polis Hong Kong serta penindasan demokrasi dan kebebasan. Difahamkan ada dakwaan mengatakan anggota polis di Hong Kong telah memukul, merogol malah membunuh para perusuh yang membuat bantahan di Hong Kong.

Bukan itu sahaja, hashtag #BoycottMulan langsung tular untuk menjadi perbualan di media sosial Twitter pada masa itu. Kini, beberapa selebriti terkenal termasuk aktivis Hong Kong dan ahli politik menggunakan hashtag itu untuk menyokong boikot filem “Mulan”.

Disebalik kontorversi ini, versi live-action filem “Mulan” ini berkisarkan tentang legenda Hua Mulan. Filem ini akan menceritakan kisah seorang gadis yang menyamar sebagai seorang askar lelaki untuk menyelamatkan bapanya.

Filem animasi klasik yang dikeluarkan pada tahun 1998 ini telah mencapai kejayaan besar di seluruh dunia.  Diarahkan oleh pengarah Niki Caro, mengikut perancangan filem itu akan siap menyambut peminat pada 27 Mac 2020.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.