Gosip kecurangan yang berlaku dalam golongan bangsawan sentiasa menjadi perhatian umum dan inilah yang berlaku pada era 60an di Britain, di mana Duke of Argyll membuat tuntutan cerai dengan mendakwa bekas isterinya Duchess of Argyll curang pada tahun 1963.
Didakwa Tidur Dengan 80 Orang Lelaki
Jika kes curang biasa mungkin hal tersebut tidak menggemparkan seluruh golongan bangsawan pada ketika itu, namun pendedahan yang dilakukan Ian Campbell yang merupakan Duke of Argyll generasi ke-11 menunjukan bukti kecurangan bekas isterinya yang luar biasa.
Menurut media antarabangsa, bukti yang dikumpulkan Duke of Argyll menunjukan Margaret Campbell pernah tidur dengan lebih kurang 80 orang lelaki termasuklah dua orang daripadanya adalah menteri kerajaan dan tiga orang dari kerabat diraja.
Rantai Mutiara Saksi Kecurangan Duchess of Argyll
Duke of Argyll menyerahkan bukti kecurangan Margaret dengan menyertakan sekali gambar polaroid bagi menuntut cerai dengan bekas isterinya di mahkamah.
Dimaklumkan dalam foto tersebut, Duchess of Argyll melakukan seks oral tanpa seurat benang di badan dan hanya rantai mutiara miliknya yang menjadi saksi setiap kali Duchess of Argyll melayani lelaki di belakang suaminya.
Siapa sangka perkahwinan sepanjang 12 tahun, penuh dengan skandal besar begini kan?