22.1 C
Malaysia
Saturday, November 9, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Siti Sarah Sebak Ditipu Scammer, Ini 5 Fakta Berkaitan Kes Tersebut

Penyanyi Siti Sarah Raissuddin akui pengalamannya kali ini ditipu seorang wanita yang dipercayai scammer benar-benar menyentuh perasaan.

Sarah Sebak 

Ujar Siti Sarah atau lebih mesra disapa Sarah ketika ditemui Murai.my pada sidang media tergempar secara virtual pada petang Khamis, tatkala dia memberi peluang kepada orang ramai untuk mencari rezeki terdapat individu yang sanggup mementingkan diri dengan membawa lari duit pelanggannya. Malah Sarah juga dilihat mengalirkan air mata kerana berasa sedih diuji sedemikian.Berikut kami paparkan 5 fakta berkaitan tersebut.

Menyamar Jadi Dropship Loveta

Menurut Sarah, dia baru sahaja mengetahui mengenai isu tersebut pada Rabu(14 Julai 2021) kerana pekerja-pekerja nya enggan membuatkan dirinya berasa risau berikutan sedang sarat hamil 7 bulan. Jelasnya lagi, wanita tersebut yang berumur 30-an telah berselindung di sebalik jenama perniagaan Sarah, Loveta yang memperkenalkan dirinya di media sosial sebagai dropship jenama ini.

Buat Laporan Polis

Kecewa dan enggan terus membiarkan reputasi diri dan syarikat nya tercalar, Sarah nekad membuat laporan polis pada petang Rabu. Menerusi wakil syarikatnya, laporan tersebut dibuat di Balai Polis Mutiara Damansara. Bagaimanapun, dedah Sarah hingga sidang media diadakan, wanita tersebut masih belum memberi sebarang maklum balas biarpun tangkap layar laporan polis telah dihantar padanya.

Beri Masa 48 Jam Untuk Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka

Meskipun telah membuat laporan polis, namun Sarah dan pihaknya masih bertimbang rasa memikirkan nasib wanita tersebut. Memberi tempoh 48 jam untuk membuat permohonan maaf secara terbuka, Sarah turut menuntut wanita itu untuk membersihkan nama dan syarikatnya selain memulangkan semula wang pelanggannya. Gagal berbuat demikian, Sarah akan membuat laporan polis susulan dan berkemungkinan besar wanita itu bakal menerima hukuman penjara mahupun sebaliknya.

Menyamar Jadi Ejen Syarikat Lain

Difahamkan, selain menyamar jadi ejen syarikat Loveta wanita tersebut turut berselindung menjadi ejen kepada beberapa jenama terkenal tempatan yang lain. Jelas Sarah, tujuan dia mengambil tindakan undang-undang bukan hanya kerana ingin menegakkan kebenaran malah sebagai langkah berjaga-jaga buat usahawan lain agar tidak mengalami nasib yang sama sepertinya.

Tidak Akan Serik

Ketika ditanya adakah Sarah akan serik mahupun mengetatkan lagi syarat pengambilan ejen syarikatnya, pelantun Manis ini berkata dia sama sekali tidak akan berbuat demikian. Ini kerana isteri kepada pelawak dan pelakon Shuib Sepahtu ini telah berazam untuk membantu orang ramai mencari pendapatan apatah lagi situasi kini yang memberi impak sumber pencarian rezeki buat segelintir rakyat Malaysia. Harapan Sarah, tiada lagi perkara seumpama ini berlaku pada masa akan datang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.