34.6 C
Malaysia
Friday, September 20, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Singapura Mansuh Akta Jenayah Hubungan Sejenis, PU Syed Tegur Negara Jiran?

Tular isu panas berkaitan dengan Singapura, bila mana Perdana Menteri, Lee Hsien Loong mengisytiharkan negaranya memansuhkan Seksyen 377A kanun keseksaan di mana hubungan antara lelaki tidak lagi di kategorikan sebagai jenayah seks.

Azab Kaum Sodom Sebagai Teguran

Berita tersebut mendapat perhatian pendakwah terkenal tanah air, Pencetus Ummah (PU) Syed di mana beliau menitipkan teguran menerusi coretan yang ditulis dimuatnaik di akaun Instagram-nya.

“Kaum sadom di azab oleh Allah kerana mengamalkan seks luar tabii dengan azab yang sangat pedih!! Adakah Singapura bercadang untuk menerima azab yang sama!!” Coretnya

Dalam pada itu, PU Syed juga meluahkan rasa bimbang akan nasib umat Islam di negara jiran tersebut kerana pemimpin di sana menghalalkan hubungan sejenis.

“Kesian umat Islam di sana.. Apabila pemimpin kuffar ini membenarkan perbuatan luar tabii itu akan menjadi normal di sana.” Tulisnya

via Instagram PU Syed

PU Syed juga berkongsi dua surah yang menceritakan tentang azab yang berat menimpa mereka yang melakukan hubungan sejenis.

“Gerunilah kalian dengan ayat-ayat dari dua surah ini!

{ وَأَمۡطَرۡنَا عَلَیۡهِم مَّطَرࣰاۖ فَسَاۤءَ مَطَرُ ٱلۡمُنذَرِینَ }

Dan kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan), maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran.

{ إِنَّ فِی ذَ ٰ⁠لِكَ لَـَٔایَةࣰۖ وَمَا كَانَ أَكۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِینَ }

Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah), dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.

[Surah Ash-Shu’ara: 173-174]

{ فَلَمَّا جَاۤءَ أَمۡرُنَا جَعَلۡنَا عَـٰلِیَهَا سَافِلَهَا وَأَمۡطَرۡنَا عَلَیۡهَا حِجَارَةࣰ مِّن سِجِّیلࣲ مَّنضُودࣲ }

Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah kami, kami jadikan negeri Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu.

{ مُّسَوَّمَةً عِندَ رَبِّكَۖ وَمَا هِیَ مِنَ ٱلظَّـٰلِمِینَ بِبَعِیدࣲ }

Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu (untuk membinasakan mereka), dan ia pula tidaklah jauh dari orang-orang yang zalim itu.

[Surah Hud: 82-83

Semoga Malaysia selamat dari diperintah oleh manusia-manusia yang derhaka kepada Allah dan RasulNya.” Tulisnya lagi

Doa Dijauhkan Dari Bala Musibah

Muatnaik PU Syed mendapat pelbagai reaksi dan respon warganet diruangan komennya, rata-rata menitipkan doa buat umat Islam di Singapura dan ada juga menyentuh tentang azab serta bala musibah.

“Nauzubillah hi min zalik. Moga umat Islam Singapura dilindungi Allah”

“Semoga Allah lindungi Malaysia dari jadi macam ni”

“Kembali kepada fitrah, insyaAllah anda boleh selamat” komen mereka

via Instagram PU Syed

“Mana Mufti (bendera Singapura)”

“Jangan sampai bala tiba, cukuplah dengan bala-bala yang ada”

“Astagfirullahalazim, takutnya dengar. Lindungilah seluruh zuriat keturunan kami ya Allah. Amin” komen mereka lagi

Apa pandangan anda tentang isu ini?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.