22.1 C
Malaysia
Sunday, November 10, 2024
[the_ad id="14542"]

Latest Posts

Sijil Nikah Tersebar, Nora Ariffin Akui Dilamar Tetapi Bukan Dari Annuar Musa

Spekulasi mengenai penyanyi Datuk Nora Ariffin berkahwin dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar sekali lagi hangat diperkatakan.

Nafi Bernikah Dengan Annuar 

Biarpun sebelum ini telah menafikannya, namun di media sosial tular sekeping salinan sijil pernikahan di negara jiran yang didakwa milik Nora dan ahli politik itu. Memetik laporan Astro Awani, Nora menegaskan ia adalah fitnah semata-mata.

“Demi Allah, saya dan Tan Sri (Annuar) tidak bernikah… saya sendiri tidak faham bagaimana ada pihak yang boleh buat tuduhan sedemikian”

“Sudah banyak kali saya nafi, Tan Sri juga sudah menafikannya, namun, masih ada yang nampaknya tidak percaya” kata Nora seperti yang dipetik Awani

Bakal Akhiri Status Ibu Tunggal

Bagi menamatkan spekulasi tersebut, Nora turut mendedahkan bahawa dia bakal menamatkan statusnya sebagai ibu tunggal tidak lama lagi selepas dia menerima lamaran pernikahan daripada seorang individu. Namun jelas Nora, individu yang dimaksudkan bukanlah Annuar dan keputusan untuk berkahwin sekali lagi juga direstui oleh anak-anak dan keluarga arwah suaminya, Allahyarham Johan Nawawi.

“Disebabkan itu, saya fikir sudah sampai masanya saya umumkan bahawa saya ada menerima lamaran pernikahan dan sedang merancang ke arah majlis itu,”

“Saya fikir sudah sampai masanya untuk saya mengumumkan bahawa saya ada menerima lamaran daripada seseorang. Insya-Allah jika segala perancangan berjalan lancar, saya akan berkongsi mengenai hari bahagia saya dengan anda semua tidak lama lagi,”

“Anak-anak ada berkata, mereka akan memberi sokongan pada apa sahaja keputusan yang baik buat saya. Mereka hanya mahu melihat ibu mereka gembira,”

“Ibu Abang Johan juga ada berpesan pada saya sebelum beliau meninggal dunia sekiranya ada lelaki yang mahu mahu melamarnya, terima saja”

“Alhamduliillah, berkat restu dan sokongan anak-anak serta keluarga, saya sudah bersedia menerima lamaran itu,” kata Nora.

Nora sebelum ini telah mendirikan rumahtangga bersama komposer terkenal, Johan Nawawi sekitar 1992. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki lelaki dan dua orang anak perempuan. Ajal maut di tangan Tuhan, Johan telah meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung, sebelum disusuli anak kedua mereka yang juga penyanyi, Muhammad Syakir Aliff pada 13 Disember 2019 di usia 20 tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Latest Posts

[the_ad id="14544"]

Trending

Stay in touch

To be updated with all the latest news, offers and special announcements.