Ketika ini penyanyi dan usahawan Caprice sudah selamat tiba di Palestin selepas menaiki penerbangan dari Malaysia pada malam Rabu.
Caprice Selamat Tiba
Difahamkan tujuan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Bin Ramli ke sana adalah bagi misi kemanusiaan dan kebenaran tersebut diberikan pada saat-saat akhir. Menerusi hantaran terbaharu nya di laman Instagram, tibanya di Mesir dia terus ke Hospital Palestin bagi menziarahi sebuah keluarga yang memerlukan bantuan.
“Almost 18 jam tak tido, sampai Mesir terus ke Palestine Hospital untuk lawat seorang mak dari Gaza dan anak dia who is on life support dan perlu a brand new mobile ventilator..terima kasih kepada Embassy Malaysia Cairo dan Humanitarian Mission 4 Palestine for the support. Day one complete. nak tido jap” tulis Caprice
Netizen Pertikai Kebenaran Diperolehi Caprice
Biarpun ramai yang memuji dan mengagumi keprihatinan serta keberanian Caprice, namun segelintir netizen termasuk pengamal media sosial di laman Twitter mempertikaikan kebenaran yang diperolehi oleh penyanyi ini untuk ke sana.
“Saya ada banyak persoalan dan salah satunya siapa yang membenarkan dia untuk berlepas” ciap seorang pengamal media
Dalam pada itu, ada diantara netizen mendakwa bahawa dia memperoleh kebenaran berkenaan berikutan bapanya merupakan seorang ahli politik.
“Biasalah bapak orang UMNO”
“Aku baru lepas google. Nama dia Ariz bin Ramli. Ayah dia duta Malaysia dekat Wisma Putra” kongsi mereka
Bagaimanapun, rata-rata yang lain meminta orang ramai untuk tidak mempertikaikan tujuannya ke sana kerana niat penyanyi itu disifatkan sebagai murni dan wajar dicontohi orang ramai.