Sejak petang Ahad, tular di media sosial mengenai sebuah video seorang lelaki berada dalam keadaan separuh bogel yang dikatakan mirip pengacara dan pelawak, Shuk Sahar.
Video Tular Di Media Sosial
Didedahkan oleh seorang wanita dikenali sebagai Fara Salleh di laman Instagram, video tersebut dikongsinya kerana berasa kecewa dengan sikap Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri bin Mohamed Sahar. Menerusi carian Murai.my, video itu telah dipadam namun sempat dirakam oleh pengguna media sosial dan menularkannya di media sosial.
Wanita Dakwa Diperlakukan Amang Seksual Fizikal
Susulan itu, Fara turut mendedahkan bahawa terdapat wanita lain yang kononnya turut menjadi mangsa Shuk. Di laman Instagram nya, Fara memuatnaik satu foto salinan laporan polis berhubung kes cabul milik seorang mangsa yang melibatkan selebriti itu.
Mengaku pernah dicabul pada bulan Februari lalu di sebuah hotel di Bukit Bintang, wanita tersebut turut mendakwa telah diperlakukan amang seksual secara fizikal setelah pengacara itu telah meraba buah dada serta memasukkan jari ke dalam kemaluannya.
Tidak melatah dengan penularan isu tersebut, Shuk dan isterinya,Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau lebih dikenali sebagai Sera tenang menghadapinya dan berkongsi beberapa hantaran di laman Insta-story mereka. Menafikan bahawa ia adalah video baharu, Shuk menyifatkan tindakan wanita itu sebagai mahu mencari publisiti semata-mata.
“Takkanlah video baharu, kan kita tengah keluar berdua ni. Lagipun, badan sekarang tengah gemuk ni”
“Nak buat macam mana… Marketing.Tengah-tengah tiada kerja, tiada duit, orang pula buka aib,” jawab Shuk selepas ditanya isterinya
Ambil Tindakan Undang-Undang
Dalam pada itu, Shuk turut berkongsi video berada di sebuah balai polis dipercayai baru membuat laporan berkenaan video tersebut. Menjengah ke hantaran yang dimuatnaik Sera di laman Instagram nya, isteri pelawak ini mengesahkan mereka telah membuat laporan polis dan bakal mengambil tindakan undang-undang.
“Hi Assalamualaikum, seperti yang ramai mungkin dah tahu, sekarang tersebar banyak cerita tak best dan tohmahan sehingga mengancam keselamatan suami dan keluarga saya”
“Bagi saya, tindakan ni keterlaluan kami terpaksa ambil tindakan dan saya tak nak komen apa-apa biar peguam dan pihak berkuasa yang akan siasat perkara ini, terima kasih banyak-banyak” jelas Sera
Awal Januari lalu, Sera mendedahkan suaminya kembali curang bersama seorang wanita yang sama. Namun, Shuk nekad untuk berubah dan memohon maaf kepada isterinya.